Seorang wanita yang berasal dari Jakarta, Indonesia tidak menyangka perkahwinan yang dibinanya bersama suami tercinta hanya mampu bertahan selama sehari setelah mengetahui orientasi seksual suaminya yang menjalinkan hubungan cinta sejenis.
Kisah wanita itu kemudiannya menjadi tular di TikTok setelah dia ada berkongsi beberapa keping gambar majlis perkahwinan dengan suaminya.
Menulis kapsyen ‘dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu. Saya sudah berkahwin namun masih dara’, video tersebut turut menjadi perhatian netizen di luar sana.
Kata pemilik akaun TikTok @raisakuu20 itu, dia terpaksa berpisah dengan suaminya itu setelah lelaki itu enggan menyentuhnya serta menganggap dirinya hanya sebagai objek untuk menutup rahsia yang sebenar.
Malah, dia juga ada berkongsikan tangkap layar yang menunjukkan perbualan antara suami dan juga pasangan sesama jenisnya itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai tumpang bersimpati dengan nasib wanita itu dan menasihatkan agar dia terus kekal tabah dan kuat menghadapi dugaan hebat itu.