April 1st, 2019

Tentunya ada yang masih ingat tentang isu penyanyi Linda Rafar bersama jururawat sehingga badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda demi menegakkan keadilan bagi jururawat.

Terbaru, Linda memaklumkan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) atas dakwaan menjejaskan reputasinya.

Linda terpaksa membuat tuntutan tersebut selepas pihak DON tidak memberikan sebarang respon berkenaan surat tuntutan yang telah dihantar.

Sebelum ini, saya dah berikan peluang kepada mereka untuk memohon maaf. Saya masih lagi punya perikemanusiaan dan terbuka untuk berbincang. Namun, nampak gayanya pihak sana pun semakin keterlaluan dalam memanipulasi cerita, kononnya, seperti mereka pula yang menjadi mangsa.

Daripada apa yang saya dengar, mereka ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta. Dari situ, jelas sekali mereka yang pada awalnya tiada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan sebelum ini, ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Pihak peguam Linda memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung isu terbabit.  Merupakan selebriti pertama yang mengemukakan saman terhadap netizen, tindakan Linda itu mendapat pujian daripada rakan artis.

Sumber Berita : Harian Metro


30 responses to “Sudah Beri Peluang Mohon Maaf, Linda Rafar Tuntut Ganti Rugi RM 2 Juta”

  1. unknown says:

    senangnya buat duit cik kak oiii

  2. Insan19 says:

    Apa lg yg nak kecoh ni. Patutnya semua dah setel. Linda yg mulakan dulu. Dia patut mohon maaf dan berundur. Mak dia pun sdh arwah. Biar la mak tenang di sana. Tutup kes tu lg baik. Nak duit juta2 usahala. Bkn dgn cara saman2 ni. Buat apa nak malu ngan org.. Malu ngan tuhan. Kalau awk btul… Tuhan tau awk btul cukup

  3. Benar says:

    Hek eleh… jururawat memang banyak biadap pon. Selalu kene. Lagi2 takde duit cm kita2 ni tahan jela. Harap kerajaan dapt tgk kualiti depa ni.

  4. Anonymous says:

    Saman tak nak kalah main juta nokk. Pde hal kes taik je pon. Sje nk attention lebih. Kekadang rope dh cm zuhud bebenor pakai labuh longgar tup2 esok luse nah kau kangkang hbis bile buat show. Beralah xboleh ke makcik?

  5. tanye jer says:

    dia menggelabah dah tu sbb DON xlayan.
    sis nk kalah ke tuuu? dia je asyik berbunyik DON relaks je…hiks.

Loading...