Sudah Berhijab : Syatilla Melvin Elak Sentuh Lelaki Semasa Berlakon

Hiburan

Sudah Berhijab : Syatilla Melvin Elak Sentuh Lelaki Semasa Berlakon

Baru-baru ini aktres Syatilla Melvin telah tampil dengan imej bertudung sepenuhnya yang lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Advertisement

Meskipun mengenakan hijab pada usia yang agak muda, buat Syatilla menutup aurat adalah salah satu tuntutan agama yang wajib dilaksanakan oleh seorang wanita Muslim tanpa mengirakan faktor umur.

Seperti kita sedia maklum, menutup aurat merupakan perkara yang dituntut oleh agama. Jadi, umur bukan alasan untuk melewatkan rasa ingin menutup aurat. Lagipun, sebelum ini saya sudah puas menggayakan pelbagai stail rambut. Saya percaya, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Tampil dengan imej muslimah, Syatilla kini lebih berhati-hati dalam pergaulannya dan sudah meletakkan syarat baharu untuk tidak menyentuh mana-mana lelaki sewaktu berlakon nanti.

Apabila sudah bertudung, adab dan kesopanan sebagai seorang wanita perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak watak yang memerlukan bersentuhan dengan pelakon lelaki.

Alhamdullilah, kami sokong 100% keputusan Syatilla untuk elak bersentuhan dengan lelaki lain bukan kerana sudah menutup aurat sahaja tetapi untuk mengelak fitnah daripada masyarakat juga sebenarnya. Apa-apa pun, semoga perubahan ini akan memberikan seribu satu hikmah buat Syatilla dan jangan pernah putus asa sekiranya ada dugaan yang melanda. Kipidap!

Sumber Berita: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...