Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sudah Bergelar Jutawan, Adik Beradik The Melvins Labur Setengah Juta Untuk Pengiklanan Produk Kekasih

Lebih dikenali sebagai The Melvins, Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin tampil menjawab persoalan sesetengah individu yang mendakwa mereka kini sudah bergelar jutawan.

Mereka yang sebelum ini melancarkan produk kosmetik berjenama Kekasih by The Melvins meluahkan rasa syukur atas setiap rezeki yang dilimpahkan oleh Yang Maha Esa.

Advertisement

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah, semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberianNya. Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan,”

Ketika ditemubual media di majlis pelancaran produk Kekasih di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini,  Syifa yang mewakili adik beradik ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perusahaan sehingga mendapat keuntungkan berlipat kali ganda.

“Tanpa sokongan adik beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins ini tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus beri kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya,”

Dalam pada itu, Syifa turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar sentiasa menjaga hubungan antara ahli keluarga serta adik beradik jika mahu berjaya dan diluaskan pintu rezeki.

Sentiasa memegang pesanan ibu dan ayah iaitu tidak boleh bermasam muka dan berpecah belah sesama adik – beradik, Syifa mengatakan hubungan kekeluargaan yang dijaga membuatkan rezeki mudah datang dalam pelbagai bentuk, tidak hanya dalam wang ringgit.

Perkembangan terkini, produk keluaran The Melvins ini dilaporkan telah membelanjakan hampir RM0.5 Juta dalam pemasangan papan iklan di seluruh negara iaitu di lebuh raya utara, selatan, pantai timur serta Lembah Klang. Kira-kira 60 buah ‘Billboard’ dijangka akan dinaikkan dalam rangka promosi produk itu.

Advertisement

Kekasih by The Melvins turut menampilkan beberapa pilihan produk kecantikan wajah seperti krim bedak asas, matte bibir, pewarna mata dan pemerah pipi.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    September 18, 2020 at 9:04 pm

    Timbang kilo …bagi rosak organ dlm badan

  2. ultimate warrior

    September 18, 2020 at 2:52 pm

    produk sampah la ni..haihhh

  3. silence pls

    September 18, 2020 at 1:45 pm

    ntah la.. bkn xnk sokong. tp rse cm nyampah ng perangai2 deme. kdang sembang blagak. kdang down to earth la konon. kdang ttbe tinggi plk ckp..

  4. Anonymous

    September 18, 2020 at 7:34 am

    Parpu…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top