Ketika beliau putus cinta bersama Raja Afiq, pelakon Anis Al Idrus menyatakan pintu hatinya sudah tertutup untuk bercinta lagi. Walaubagaimanapun, sekitar awal tahun ini, beliau nampaknya mempunyai kekasih baru dikenali sebagai Aiman Rafzan.
Mula ada pihak mempersoalkan tentang pendirian Anis dan ada juga melabelkan beliau sebagai seorang artis wanita bertudung yang hanya dikenali dengan kisah cintanya sahaja. Namun, buat Anis, beliau tidak mampu unutk melawan ketentuan takdir berkaitan jodohnya.
Memang selepas episod cinta lalu, saya pernah cakap hati sudah pun tertutup. Bagaimanapun, pertemuan dengannya membuatkan hati saya terbuka semula untuk mengenali dirinya. Saya juga tak ambil kisah andai ada yang berkata, artis bertudung bernama Anis Al Idrus tak habis-habis dengan kisah cinta, berbanding kerjaya seni. Terpulanglah apa orang nak cakap. Kehidupan perlu diteruskan.
Bak kata pepatah, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir yang menentukan segalanya. Kadang-kadang memang ada yang serik untuk bercinta lagi selepas gagal dalam percintaan, namun akan ada satu saat seseorang akan hadir di dalam hidup kita dan membuka pintu hati kita untuk menjalinkan percintaan semula.