Terbaru, pelakon dan aktivis bebas, Rafidah Ibrahim bakal berdepan dengan risiko muflis serta segala aset disita jika masih gagal melunaskan tuntutan saman yang difailkan oleh bekas majikan serta ahli perniagaan, Datuk Haris Embong bersama syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd.
Gagal patuhi terma pembayaran ganti rugi
Difahamkan daripada penjelasan Haris, pihaknya masih belum menerima sebarang bayaran, mahupun respon daripada Rafidah berhubung ganti rugi bernilai RM281,200 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Julai 2024.
View this post on Instagram
Setakat ini sudah 422 hari berlalu sejak keputusan mahkamah dibuat. Namun, Rafidah Ibrahim masih gagal mematuhi terma pembayaran ganti rugi seperti yang diarahkan.
Katanya lagi, notis tuntutan kedua telah pun dikeluarkan pada 19 September 2025 dengan tempoh tujuh hari untuk pelakon itu melangsaikannya.
Tiada kaitan dengan mana-mana isu politik
Peguamcara Rafidah sudah mengesahkan notis itu diterima pada 22 September lalu, tapi sampai sekarang masih tiada sebarang bayaran dibuat.
Dalam pada itu, peguam Haris iaitu Alvin Dev Singh berkata pihak mereka sedang mempertimbangkan tindakan selanjutnya.
Tindakan ini semata-mata untuk bersihkan imej saya sebagai usahawan dan jaga nama baik syarikat. Kami tiada kaitan dengan mana-mana isu politik pun, baik kerajaan mahupun pembangkang. Semuanya cuma kebetulan.