Sudah 3 Bulan Lesap! Wanita Malaysia 21 Tahun Hilang Selepas Ke Bangkok Jumpa Teman Lelaki China

Berita

Sudah 3 Bulan Lesap! Wanita Malaysia 21 Tahun Hilang Selepas Ke Bangkok Jumpa Teman Lelaki China

Keluarga seorang wanita berusia 21 tahun, Chen Limin (nama transliterasi), bimbang akan keselamatannya selepas dia dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu, dipercayai terperangkap dalam sindiket ‘scammer cinta’.

Bagi membantu pencarian, keluarga telah mendapatkan bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO).

Advertisement

Menurut abangnya dalam sidang media MHO, Chen bekerja sebagai juruwang di Singapura sebelum berhenti kerja untuk bertemu teman lelaki dari China di Bangkok pada 28 April.

gadis diculikSumber : Chine Press 

Sejak itu, keluarganya tidak menerima sebarang khabar daripadanya. Hanya sekali, nombor telefon Chen digunakan untuk menghubungi ibu saudara mereka, dan pemanggil yang mengaku sebagai teman lelakinya meminta pinjaman RM1,700 atas nama Chen.

MHO percaya Chen mungkin menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan diseludup ke Myanmar melalui laluan haram, memandangkan tiada rekod keluar dari Thailand selepas ketibaannya.

MHO merayu sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil membantu usaha menyelamatkan mangsa.

polis buru individu larikan lelaki dalam lori ais
2025-07-24 11:39:19

Tular Video Lelaki 'Disumbat' Dalam Lori Ais & Dilarikan, Polis Sedang Buru 3 Individu Terlibat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...