Sudah 2 Tahun Dikebumikan, Namun Jenazah Ditemui Masih Elok Lagi Dalam Balutan

Trending

Sudah 2 Tahun Dikebumikan, Namun Jenazah Ditemui Masih Elok Lagi Dalam Balutan

Sekumpulan penduduk yang turun membantu menjalankan kerja menggali semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat di sini terperanjat besar apabila menemui dua jenazah yang tidak reput dan masih lagi sempurna dalam keadaan baik, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Salah satu mayat jenazah dipercayai milik bekas ketua kampung masih lagi elok di dalam balutan kain kapan walau sebenarnya sudah dua tahun dikebumikan.

Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bohari berkata, jenazah tersebut dikenali sebagai Abdullah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2014.

“Kebanyakkan jenazah sudah pun mereput. Bagaimanapun, jenazah bekas ketua kampung itu yang meninggal dunia pada  tahun 2014 lalu masih dalam balutan kain kapan,” katanya. dipetik laporan Kosmo.

Kubur-kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat berkenaan digali semula untuk memberikan laluan kepada pembinaan jalan baharu dari Permas ke Tanjung Piadari Permas.
Kerja-kerja penggalian kubur turut diketuai oleh Pejabat Agama Daerah dengan dibantu agensi berkaitan serta penduduk kampung bermula tiga hari lalu dan telah selesai semalam.
Penyebaran gambar jenazah yang masih dalam kain balutan itu mendapat perhatian dan menjadi viral di laman sosial sejak kerja-kerja penggalian semula kubur dilakukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...