Untuk pengetahuan anda, seluruh dunia akan meraikan ‘Hari Sandwich Sedunia’ pada setiap 3 November. Bagi penggemar sandwich, kami ada berita baik untuk dikongsikan bersama anda.
Subway bakal mengadakan promosi ‘Beli Satu Percuma Satu’ untuk pembelian kombo roti 6″ dan minuman 22oz pada 31 Oktober 2019!

Untuk promosi kali ini, anda dapat mengubah suai
sandwich mengikut cita rasa anda sendiri. Yang paling penting, promosi ini hanya berlangsung satu hari sahaja! Tapi ingat, promosi akan berlangsung sehingga jam 9 malam sahaja.
Berdasarkan perkongsian di Facebook rasmi Subway, promosi ini hanya berlangsung di cawangan terpilih Subway sahaja.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini esok!