“Substitute Phone” ; Gadget Berbentuk Telefon Tanpa Skrin Bagi Membantu Mereka Yang Ketagihan Smartphone

Trending

“Substitute Phone” ; Gadget Berbentuk Telefon Tanpa Skrin Bagi Membantu Mereka Yang Ketagihan Smartphone

Ketagihan bermain smartphone adalah merupakan wabak masyarakat moden kini, dengan dianggarkan secara purata 2.4 jam pengguna menghabiskan masa merenung peranti mudah alih itu. Baru-baru ini kajian ada melaporkan ramai pengguna menggunakan smartphone ketika berada di dalam tandas, upacara pengkebumian, ketika sedang memandu dan juga ketika sedang melakukan hubungan seks.

Advertisement

Klemens Schillinger, seorang pereka bentuk dari Austria telah mencipta sebuah gadget dimana beliau dakwa dapat membantu untuk mencegah ketagihan bermain smartphone.

Dubbed the “Substitute Phone”, the gadget consists of a block of plastic which is roughly the same size and shape as a standard smartphone, but has no digital functions whatsoever.

Diberi nama “Substitute Phone”- atau dalam bahasa melayunya “Telefon Pengganti” – alat ini mengandungi blok plastik yang secara kasarnya mempunyai saiz dan bentuk yang menyerupai telefon pintar, tetapi tiada sebarang fungsi digital atau apa sahaja fungsi seperti smartphone.

Terdapat manik batu pada permukaan alat ini, dimana pengguna dibenarkan untuk meniru aksi yang sama seperti ketika menggunakan smartphone seperti scroll dan swipe. Idea ini adalah bagi membantu pengguna untuk mengurangkan pegangan smartphone dengan membenarkan mereka menggerakkan jari seperti sedang menggunakannya.

Gadget ini juga dilaporkan mempunyai kesan untuk menenangkan si pengguna dan dapat digunakan sebagai objek bagi pendekatan terapi.

Gadget ini kelihatan bukan untuk jualan tetapi ia muncul sebagai “coming soon” di dalam lawan web Schillinger. Bagaimanapun ianya ada dipaparkan pada sebuah pameran di Vienna Design Week
dengan nama paparan “#Offline” awal tahun ini.

Inisiatif bagi reka bentuk ini adalah bagi menggalakkan pemandu untuk meletakkan telefon pintar mereka sebelum memulakan perjalanan – supaya mereka tidak menggunakannya ketika sedang berada di atas jalan raya.

Dengan kehadiran gadget seperti ini, ianya akan menjadi suatu tarikan bagi pakar-pakar bagi melihat bagaimana para pengguna smartphone dapat mengurangkan tabiat bergantung kepada telefon pintar secara berlebihan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...