Baru-baru ini, seorang pelancong dari United Kingdom (UK) meluahkan rasa kagum selepas melihat cara orang Malaysia meluangkan masa pada malam minggu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, dia memuat naik video yang memaparkan orang ramai sedang beriadah bersama ahli keluarga di sebuah padang dataran.
Dalam video tersebut, dapat dilihat beberapa individu sedang menaiki basikal dan ada juga yang berkelah di padang dataran tersebut.
Inilah suasana hujung minggu di Malaysia pada jam 12 tengah malam. Tiada aktiviti minum arak atau berhibur di kelab malam. Hanya suasana santai bersama keluarga dan orang tersayang.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menjelaskan untuk rasa bahagia dalam hidup tidak perlu bergantung pada alkohol. Ada juga yang memberitahu terdapat pelbagai cara lain yang lebih sihat dan bermakna untuk nikmati hidup sepenuhnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.