Hari bahagia pasangan suami isteri bertukar menjadi hiba dan duka selepas mereka menerima perkhabaran kematian bapa kepada pengantin lelaki.
Menerusi video yang tular di TikTok, seorang jurugambar berkongsi detik pilu di mana pasangan pengantin berkenaan menangis sambil memeluk ahli keluarga mereka.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Seri Iskandar, Perak pada Ahad dan bapa pengantin lelaki, Md Farred Omar menghembuskan nafas terakhirnya pada hari yang sama majlis berlangsung, akibat serangan jantung.
Majlis bahagia bertukar duka bila dapat tahu ayah kandung meninggal dunia ketika majlis sanding berlangsung.
@fotorasiMajlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦
Menjengah ruangan komen, pengantin perempuan tampil menjelaskan situasi sebenar dan memohon orang ramai mendoakan arwah bapa mentuanya.
Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua tetapi yang hadir ke majlis persandingannya dan suami pada hari tersebut.
Ceritanya, arwah bapa mentua sepatutnya ditahan di hospital kerana terdapat jangkitan pada paru-paru, dua hari sebelum majlis.
Namun, demi hari bahagia anaknya, arwah bertegas mahu pulang ke rumah dan tidak terus menerima rawatan di hospital.
Lepas kami siap, tiba-tiba saya dapat panggilan cakap abah dah tak ada.
Disebakan itu, pasangan suami isteri tersebut mengambil keputusan untuk majlis diteruskan juga tanpa kehadiran mereka dan hanya singgah pada penghujung acara.