Persembahan pertama penyanyi Amsyar Lee di pentas Sing Asia baru-baru ini telah memukau barisan juri profesional selepas dia membawakan lagu Cinta nyanyian asal Marsha.
Dalam episod tersebut, nyanyian Amsyar memukau juri antarabangsa, Jessie J yang menyifatkan suaranya sangat menakjubkan.
Saya rasa ia sangat menakjubkan, tapi kalau boleh saya nak awak bergerak kerana nampak kaku di atas pentas. Saya sangat suka Malaysia.
Jessie J turut memberikan pendapat agar Amsyar menggunakan pentas yang luas itu dan tunjukkan’kuasa’ dan bakat dimiliknya malah turut berkata penyanyi itu mempunyai aura ala-ala Freddie Mercury.
Dalam pada itu, para juri yang lain pula menyifatkan Amsyar mempunyai suara yang unik dan menyamakannya dengan penyanyi dari China, Zhou Shen.
Persembahan Amsyar telah berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Yang Run Ze dengan 20 undian.
@savageguy2025 Tal la minat… tp dia tgh bawak nama negara #fypmalaysia🇲🇾 #fyp #amsyarleee #cinta #dawai #ajl #longervideos ♬ original sound – Savage Guy
Sementara itu, di media sosial pula ramai memuji vokal Amsyar yang berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Ada juga yang berkata makin ramai sudah boleh menerima vokal unik dimiliki Amsyar itu.
Difahamkan, Amsyar telah melalui proses saringan secara tertutup dan dipilih oleh pihak produksi Sinng Asia kerana merasakan suaranya unik.
Sekadar info, Sing Asia adalah sebuah program nyanyian bertujuan untuk mencari dan mengasak bakat penyanyi muda di Asia.
Program tersebut unik dan lain daripada lain kerana diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura dan Klang sebelum kembali ke Hong Kong.