Kemelut isu air di negeri pantai timur masih lagi tidak menemui jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, pengarah terkenal Syahmi Sazli dan isteri, Anissa ada bersuara mengenai masalah itu meskipun dikecam hebat oleh segelintir individu gara-gara didakwa bias politik.
Namun begitu, nasib sebuah keluarga di Pasir Mas terbela apabila mereka dihubungi Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud setelah ‘kisah air’ mereka disensasikan media.
Difahamkan, Exco itu telah mewakilkan anaknya, Ahmad Syakir bagi meninjau dan membantu keluarga berkenaan.
Ujar Ayu, hantaran berkenaan masalah air yang dihadapi keluarga mereka di Facebook menjadi tular dan sampai ke pengetahuan pihak mereka.
Syukur sangat apabila kes saya terus diberi perhatian selepas Syahmi dan Anissa memberi respon terhadap apa saya adukan di Facebook.
Disebabkan nama mereka besar dan berpengaruh, lebih cepatlah kerajaan ambil tindakan.
Malah, pengarah itu turut mengambil peluang untuk menghadiahkan keluarga Ayu dengan sumbangan penapis air bernilai hampir RM3,000.
Terdahulu, Ayu ada meluahkan perasaan kesal kerana kehidupan mereka menjadi sukar kerana terpaksa mengangkut air sebanyak tiga hingga empat kali setiap hari di masjid hanya bagi mendapatkan air yang bersih.
Masa tak ada air tu memang sukar nak buat kerja harian. Saya pula berniaga kek jadi memang banyak nak guna air.
Suami saya pun terpaksa pergi kerja lewat di Rantau Panjang sebab kena tolong saya angkut air di masjid sebelum ni. Sampaikan mandi pun kena pergi masjid.
Ayu dalam pada itu mengharapkan bekalan masalah air di Kelantan bakal diselesaikan bagi mengurangkan beban mereka yang tinggal di kawasan tekanan air rendah dan terputus bekalan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.