Suara Rakyat Didengari, PLUS Aktifkan Semula Lorong SmartTag Di Plaza Tol

Berita

Suara Rakyat Didengari, PLUS Aktifkan Semula Lorong SmartTag Di Plaza Tol

Semalam, PLUS membuat pengumuman di Facebook rasmi bahawa pihak mereka akan mengaktifkan semula lorong SmarTag yang sebelum ini ditutup di 16 plaza tol bersamaan 19 lorong SmartTag sebelum 25 Januari 2022 bagi tujuan kelancaran trafik sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Penutupan lorong SmartTag sebelum ini tidak dapat dinafikan telah mengakibatkan kesesakan yang melampau buat pengguna lebuh raya dan menuai kritikan daripada rakyat berikutan keputusan itu.

Advertisement

 

Difahamkan, PLUS merancang untuk membuka semula 24 lorong SmartTag di 18 Plaza Tol selain akan memasang palang berganda lebih cepat di plaza-plaza tol yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

Manakala bagi pengguna lebuh raya yang memerlukan bantuan berkenaan RFID, PLUS telah menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol.

Dan jika pelekat RFID pelanggan didapati rosak, pihak Touch ‘n Go akan menggantikannya secara percuma.

“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID.” tambah PLUS lagi.

PLUS tawar RFID percuma
3 years ago

Pelekat RFID Anda Rosak? PLUS Tawar Penggantian Secara Percuma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...