Pelakon, Ika Nabella mencetuskan perbincangan hangat di media sosial selepas memuat naik satu kenyataan di platform Threads.
Kenyataan tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk kritikan dan salah faham, apabila ada yang menafsirkan kenyataan itu sebagai mencabar hukum agama serta mengundang polemik sensitif berkaitan aurat wanita dalam Islam.

Bagaimanapun, Ika tampil menjelaskan bahawa kenyataannya itu dibuat dalam konteks perbincangan ilmiah, bukannya untuk mencetuskan fitnah atau ghibah. Menurutnya, frasa “Fight me” yang digunakan tidak membawa maksud melawan hukum Allah, sebaliknya sebagai satu ajakan untuk berdiskusi secara matang dan berlandaskan ilmu.
Dalam penjelasannya, Ika menegaskan bahawa kenyataan tersebut bertujuan mencabar hujah, bukan mencabar kepercayaan. Beliau mengajak orang ramai untuk mengemukakan pandangan berserta fakta dan pengetahuan, selain menekankan kepentingan memahami konteks sebenar sebelum membuat kesimpulan.

Tambahnya lagi, perbincangan yang sihat dan beradab amat penting dalam menangani isu-isu agama agar tidak disalah tafsir atau diperdebatkan secara emosi semata-mata.
Sehingga kini, hantaran tersebut terus menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen, dengan ada yang menyokong pendekatan diskusi terbuka, manakala sebahagian lain berpendapat isu sedemikian perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
