Terkini, mantan presiden Parti Ikatan Demoratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Abdul Rahman, didapati bersalah atas kesemua pertuduhan dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan dana dan pengubahan wang haram.
Ekoran itu, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice dikatakan berbesar hati ingin menghulurkan tangan bagi membantu menyusun strategi parti tersebut. Katanya di hantaran Instagram story, dia ingin membantu demi masa depan golongan muda di Malaysia.
Parti Muda jika kalian memerlukan pertolongan dalam menyusun semua strategi, boleh hubungi saya.
Saya sanggup menolong. Suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia.
Dalam perkongsian yang sama, Caprice turut serta menanyakan pendapat dari followersnya tentang tindakan yang patut diambil. Dua pilihan yang tentera adalah jika perlu dirinya menolong parti MUDA ataupun berkhidmat di pihak yang lain.
Pada masa yang sama, aktivis berumur 35 tahun ini turut mencadangkan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ untuk kembali ke dunia politik dah mengantikan tempat Syed Saddiq sebagai presiden MUDA.
Untuk info, Syed Saddiq diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun, dua kali sebatan dan didenda RM10 juta selepas didapati bersalah.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.