Nampaknya, penyanyi Cat Farish kini sudah bersedia menjadi lebih terbuka berkongsi kemesraannya bersama Shikin Maembong di media sosial.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Cat meluahkan tentang cinta di mana dia akui tidak menyangka apabila perasaan itu wujud secara tiba-tiba dalam hatinya.
Bila perasaan fly muncul tanpa disedari. Betul orang cakap cinta tak payah dicari, ianya muncul dengan sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan rancang.”
@catfarish747 Bila perasaan fly muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba tiba dalam sekelip mata. Betul orang cakap cinta takyah nak cari,ianya muncul dgn sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang. Semestinya #okayou Sememangnya #okayou #catinlove #babameetdadi #fyp #cekopis #psp #pitstopperut #shikinmaembong @Shikin maembong
? Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Video itu meraih respon positif dan ramai memberikan komen mendoakan agar hubungan Cat bersama kakak Emma Maembong itu hingga ke jinjang pelamin.
Terdahulu, foto mereka berdua menjadi bualan ramai dan kini Cat yang sudah bercerai 4 bulan lalu akui sedang berkawan rapat dengan Shikin Maembong.
Kedua-dua mereka pernah berkahwin namun bercerai dan Cat mempunyai tiga orang anak manakala Shikin yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali memiliki seorang cahaya mata.