Portal Utusan Online hari ini melaporkan suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dan lebam menggunakan sebatan rotan pada 25 Februari lalu. Laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum suaminya ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Walaubagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan memberitahu tujuan beliau merotan adalah untuk mengajar anaknya itu mengaji dan solat tetapi anaknya tidak faham.Tindakannya itu atas dasar tanggjungjawabnya sebagai seorang bapa.
Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya. Majistret menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti.
Ziana dan Armin yang merupakan bekas pramugara Kanan Penerbangan Malaysia mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18 , Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Pemerhati saja
March 8, 2018 at 11:30 pm
1. Isteri sendiri yang buat laporan polis
2. Tak ada ahli keluarga atau kawan hadir di mahkamah
3. Tak ada orang jamin
4. Tak ada peguam
Ada sesuatu yang tak kena dengan orang ini. Ada krisis dalaman yang besar…
Anonymous
March 9, 2018 at 7:29 pm
Ada hikmah di sebaliknya. Ujian besar keatas keluarga mereka. Semoga pengakhiran yang baik……
sambal biliz
March 7, 2018 at 2:27 pm
Ni Ziana Zain yang nyanyi lagu madah berhelah tu ke?
apol
March 8, 2018 at 3:34 pm
hahahahaha pecah perut gelak
remmy
March 7, 2018 at 1:35 pm
doakan yang baik2 klu nk post komen…takut nnt terbuka crita sebenar..da jadi fitnah..macamana nk minta maaf…doakan yang baik2…..
Anonymous
March 7, 2018 at 9:56 am
kesian. mesti budak2 tu selama ni hidup dlm ketakutan sbb kalau salah sikit sure rotan jawabnye. rotan tu boleh tapi agak2 laa dgn kesalahan. tapi cakap anak tu bebal, mak mane yg boleh terima. bebal tu dtg dari sapa kalau bukan mak bapaknye.