Suami Zahnita Wilson Ditahan Polis – KP Kuantan

Hiburan

Suami Zahnita Wilson Ditahan Polis – KP Kuantan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan pihak mereka telah menahan suami kepada Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse hari ini.

Ia susulan daripada pendedahan model dan juga pelakon itu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Zahari tidak memperincikan mengenai penahanan tersebut.

Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu ada memuat naik foto wajahnya yang lebam di bahagian mata seakan dipukul.

Zahnita juga memaklumkan dia kini menanti kehadiran peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berhubung kes tersebut.

 

Dia yang ditemui media kemudian mengakui dipukul suaminya beberapa kali sepanjang perkahwinan dan tindakan itu dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hidup suaminya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahnita wilson akui dipukul suami
1 hour ago

"Saya Dipukul Suami Dan Buat Laporan Namun Polis Tak Ambil Tindakan" - Zahnita Wilson Akui Dah 20 Tahun 'Bersabar'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...