Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yatt Hamzah, 36 dan Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26 yang telah pun selamat bergelar suami isteri pada hari Sabtu yang lalu. Sebelum pernikahan mereka, pelbagai dugaan datang menimpa. Salah satunya adalah tuduhan bekas suami Yatt Hamzah bahawa Zulfadhli adalah punca keruntuhan rumah tangga mereka yang terdahulu.
Zulfadhli memaklumkan yang dia mengetahui tentang perkara tersebut tetapi enggan mengambil tahu dengan lebih lanjut tentangnya. Kata Zulfadhli:-
“Jujurnya saya tidak layan media sosial dan sentiasa mengelak daripada membaca bahan gosip tetapi saya sedar dengan dakwaan berkenaan.
Saya tenang sahaja kerana ada perkara lebih penting perlu saya fokus iaitu perkahwinan kami dan kehidupan selepas sah menjadi suami-isteri.
Benar atau tidak dakwaan tersebut sudah tidak penting lagi selepas Yatt dan Zulfadhli selamt bergelar suami isteri. Yang penting adalah perjalanan hidup mereka yang seterusnya. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.