Primadona negara, Erra Fazira hari ini selamat bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain di majlis tertutup yang diadakan di Rinjani Majestic sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Ezwan yang ditemui selepas majlis turut berkongsi mengenai bunga emas sebagai hantara buat isteri tercinta.

Menurut Ezwan, Erra mengetahui mengenai dinar emas namun tidak menyangkan akan menerimanya dalam bentuk gubahan sebanyak 24 keping.
Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra hari ini antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas. Sebelum ini dia sudah tahu tapi tak maklum mengenai 24 keping itu.
Tiada simbolik nombor 24 itu, sekadar ingin mencukupkan berat 100 gram.
Erra dalam pada itu mendedahkan bahawa suaminya, Ezwan menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan.
@mediahiburanofficial “Saya tak sangka dan saya harap rumah tangga ini hingga ke jannah,” – Erra Fazira #MHnews #MediaHiburan #FYP
Kalau perkahwinan sebelum ini saya yang yang banyak uruskan. Tetapi kali ini boleh dikatakan Ezwan yang menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan kali ini.
Berkongsi mengenai perancangan bulan madu, Erra memaklumkan ia perlu ditunda sehingga selepas aidilfitri kerana terikat dengan jadual kerja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
