Suami Umie Aida Ditahan Polis Atas Tuduhan Cuba Gulingkan Kerajaan

Suami Umie Aida Ditahan Polis Atas Tuduhan Cuba Gulingkan Kerajaan

Datin Seri Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya memberitahu, suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah ditahan di kediaman mereka lewat petang semalam.

Menurut Umie, suaminya ditahan di bawah akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan. Umie memberitahu Astro Awani:

Advertisement

15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

 photo 11925752_401667493362544_194062954_n_1.jpg

Gambar: Instagram Umie Aida

Polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.
Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin turut memaklumkan beliau dan peguamnya, Mathias Chang telah telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Khairuddin memberitahu, beliau terpaksa meleburkan segala kos persiapan untuk ke New York dan London berikutan larangan tersebut.

Saya sepatutnya berlepas ke New York serta London jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat) tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan PDRM.

 photo umie.jpg

Nak komen lebih-lebih mengenai perkara ini pun ia sudah berada dalam siasatan polis. Bersama kita doakan segalanya dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik.

Jangan lupa Sabtu ini, 19 September 2015 Hari penentuan kepada perjuangan 5 kumpulan Lantai Cilik Musim Ketiga ini dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...