March 6th, 2015

Suami kepada pelakon terkemuka Malaysia, Datin Paduka Umie Aida iaitu Datuk Paduka Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan telah dilucutkan jawatannya sebagai Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan susulan pengisytiharan muflis pada tahun 2014.

Sebelum ini,  sebuah kondo mewah yang bernilai RM 2.1 juta juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida telah di lelong.

Surat pelucutan jawatan itu telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur dan diserahkan kepada setiausaha Datuk Paduka Khairuddin.

Pelucutan jawatan Khairuddin adalah selaras dengan perlembagaan parti. Ia juga sejajar dengan Perkara 9A (1)(d) Akta Pertubuhan 1966 bahawa seorang yang bankrap yang belum dilepaskan tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan.

Walaubagaimanapun,  Datuk Paduka Khairuddin masih kekal sebagai anggota UMNO dan boleh menghadiri persidangan tahunan di peringkat cawangan tempat beliau menjadi anggota.

Mungkin takdir sudah tertulis buat Datuk Paduka Khairuddin dalam ujian ini. Apa yang penting mulakan hidup baru bersama isteri tercinta Datin Paduka Umie Aida yang tidak pernah berhenti menyokong anda.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...