Suami Tolak Isteri Ke Dalam Gaung Di Laluan Gerik-Jeli, Mangsa Merangkak Naik Ke Bahu Jalan Selamatkan Diri

Berita

Suami Tolak Isteri Ke Dalam Gaung Di Laluan Gerik-Jeli, Mangsa Merangkak Naik Ke Bahu Jalan Selamatkan Diri

Seorang lelaki telah ditahan polis setelah disyaki menolak isterinya ke dalam gaung di lokasi berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu.

Superintendan Zulkifli Mahmood selaku Ketua Polis Daerah Gerik mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima satu panggilan mengenai penemuan mangsa yang berusia 32 tahun itu di lokasi kejadian.

Advertisement

Lelaki tolak isteri jatuh dalam gaung

Difahamkan, mangsa bertindak merangkak naik ke bahu jalan untuk menyelamatkan diri sebelum ditemui orang awam.

Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping.

Siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku ketika suami isteri itu dalam perjalanan dari ibu kota menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung.

Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau namun mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.

Suami tolak isteri jatuh dalam gaung

Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 hingga 5 pagi. Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka.

Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan. Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung.

Suspek yang telah ditahan polis disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Suspek juga turut mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau melibatkan dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pemimpin NGO palestin dicekup khalwat
2 months ago

Pemimpin NGO Terkenal Kutip Dana Palestin Dicekup Berdua-duan Dengan Wanita Di Hotel Ibu Kota

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...