Suami Tidak Mengaku Cederakan Zahnita Wilson, Tiada Pengakuan Direkodkan Kes Penggunaan Dadah

Trending

Suami Tidak Mengaku Cederakan Zahnita Wilson, Tiada Pengakuan Direkodkan Kes Penggunaan Dadah

Suami kepada bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan.

Tertuduh, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Zahnita atau nama sebenar Zahnita Dorothy Hussien Wilson di sebuah rumah di Lorong Indera Mahkota, di sini, jam 8.20 pagi pada 7 Mei lalu.

suami zahnita wilson didakwa di mahkamah

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, B Deevagaran Naidu menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman memohon jaminan dikurangkan atas alasan menanggung empat anak dan ibunya yang sudah tua.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 7 Januari tahun hadapan.

ingin tinggal berasingan punca dikasari suami

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh berkaitan penggunaan dadah.

Dia didakwa menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-nor-delta-9-Tetrahydronnabinol-9-Carboxylic Acid di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, jam 5.45 petang, pada 2 Disember lalu.

Abd Zackery Ghouse didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama dan dibaca Bersama seksyen 38B akta yang sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...