Pelakon serta model, Zahnita Wilson menyatakan kehidupan beliau kini bahagia disamping suami dan anak-anak meskipun berhadapan dengan konflik rumah tangga  sejak tahun 2011 dan pernah bertekad untuk hidup sendiri.
Sebelum ini, Zahnita juga pernah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse. Walaubagaimanapun kasih sayang dan perasaan cinta masih lagi kuat didalam hati mereka berdua dan kini hubungan mereka sudah kembali pulih. Malah, Zahnita juga mengakui suaminya itu enggan melepaskan beliau.
Hidup ini biasalah, pasti ada pasang surutnya. Saya juga tak sempurna. Pernah nekad seperti mahu hidup sendirian dan boleh berdikari, tetapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. Perasaan sayang itu masih ada antara kami dan lebih penting kami berdua ada zuriat yang masih memerlukan kasih sayang serta cinta.
Malah ketika berlaku kehambaran dalam rumah tangga kami, saya sendiri keliru dengan apa yang patut dibuat dan sebaliknya. Saya sendiri tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan saya tak boleh sewenang-wenangnya menghalang cinta bapa kepada anak itu daripada terus disekat.
Kami memang bergelut beberapa tahun lalu tapi Alhamdulillah semuanya kian pulih. Kami masih bersama. Benar tak semudah itu untuk melepaskan kenangan bersama dan membina kehidupan baharu. Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.
Buat Zahnita apa yang terjadi diantara mereka dahulu merupakan satu ujian dimana ia menguji kesetian dan rasa cinta mereka berdua bersama insan tersayang. Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan kenangan lalu dan memulakan langkah untuk membina kehidupan yang baru. Kini Zahnita sibuk memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri dan menguruskan anak-anak beliau.
Jika kita boleh mengelakkan perceraian ia adalah satu perkara yang amat baik. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri dan tak semestinya berpisah adalah jalan penyelesaian kepada setiap masalah.
Sumber Berita: Malaysian Digest