Baru-baru ini, tular foto mempamerkan seorang pengantin perempuan bersanding berseorangan di atas pelamin dan ia menjadi tanda tanya warganet.
Difahamkan, pengantin itu merupakan remaja berusia 16 tahun dan dia sepatutnya bersanding bersama suaminya yang berumur 18 tahun.
Bagaimanapun, lelaki itu kelam kabut melarikan diri dengan menunggang motosikal sebaik sahaja selesai akad nikah mereka.
Menurut sumber, pasangan itu rupa-rupanya dinikahkan atas persetujuan kedua-dua keluarga selepas mereka berdua terlanjur sehingga perempuan itu disahkan hamil.
Bagi menutup aib keluarga, mereka membuat keputusan untuk menyatukan kedua-duanya di pejabat agama dengan mahar sekitar RM900.
Namun, sehari sebelum diijab kabulkan pengantin lelaki itu terkejut apabila mendapat tahu majlis bersanding akan diadakan.
Ternyata, keluarga pengantin perempuan membuat keputusan terbabit tanpa berbincang terlebih dahulu dan ia membuatkan keluarga belah lelaki tidak bersetuju.
Pada hari pernikahan, keluarga pengantin lelaki itu dikatakan membawanya lari kerana malu disuruh bersanding dengan isteri yang hamil anak luar nikah.
Kata salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki,
Cukup lama kita musyawarah soal pernikahan, bahkan sampai dua bulan baru kemudian disetujui untuk menikahkan, tapi itu setelah ada kesepakatan bersama untuk nikah tanpa ada resepsi.”
Tambahan pula keluarga pihak lelaki juga berasa curiga kerana usia kandungan sudah mencecah 6 bulan sedangkan mereka berdua pula baru berkenalan selama 4 bulan.