Suami Terus Buat Laporan Polis Selepas Tahu Jenazah Isteri Dimandikan Empat Petugas Lelaki

Dunia

Suami Terus Buat Laporan Polis Selepas Tahu Jenazah Isteri Dimandikan Empat Petugas Lelaki

Seperti satu penghinaan dan pencabulan apabila empat petugas forensik lelaki dikatakan telah memandikan jenazah seorang wanita di Hospital Djasemen Saragih, Kota Pamatangsiantar, Indonesia.

Kejadian ini dilaporkan portal Kompas setelah suami kepada jenazah membuat laporan polis tetapi pihak berkuasa pula tidak dapat menahan semua tertuduh kerana mereka terlibat dalam tugas khusus untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Advertisement

Suami jenazah terbabit yang bernama Fauzi menganggap apa yang dilakukan empat petugas lelaki itu satu penghinaan terhadap agama kerana memandikan jenazah wanita Islam yang bukan mahram.

Lebih menyedihkan bila cara pemandian jenazah juga tidak mengikuti cara sebenar Islam.

“Kami sudah mengambil keterangan dan mendapatkan penjelasan pengurus Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung tindakan dilakukan petugas terbabit. Kes itu dirujuk kepada Badan Kehakiman Negeri Siantar untuk tindakan selanjutnya”. – Kata wakil pihak berkuasa M Chadafi.

Perkara seperti ini tidak seharusnya diambil mudah walaupun kita dalam keadaan menghadapi Covid-19.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...