Suami Terpaksa Mencuri Kereta Untuk Penuhi Permintaan Isteri Mengidam Kereta Honda Jazz

Kehidupan

Suami Terpaksa Mencuri Kereta Untuk Penuhi Permintaan Isteri Mengidam Kereta Honda Jazz

Setiap ibu mengandung pastinya ada ragam dan rasa mengidam mereka yang tersendiri sepanjang tempoh kehamilan. Soal mengidam ini juga tidak boleh dijadikan bahan jenaka kerana ianya bermain dengan soal emosi si ibu mengandung.

Demi isteri tercinta, seorang suami di Indonesia nekad mencuri sebuah kereta Honda Jazz ketika sedang makan di restoran. Isterinya yang sedang hamil mengidam untuk memiliki kenderaan Honda Jazz itu membuatkan suaminya terpaksa mencuri kereta kerana ketiadaan wang.

Advertisement

Kejadian berlaku di Warung Makan Ayam Panggang Lombok ketika dia dan isterinya sedang menjamu selera. Suami tersebut kemudian mencuri kunci kereta milik salah seorang pelanggan yang ditinggalkan di atas meja ketika dia pergi mencuci tangan di sinki.

Pemilik kereta tersebut, Andy Prabowo kemudian membuat laporan polis tentang kehilangan keretanya itu. Pihak polis berjaya menemui kenderaan tersebut di Babukan dan lelaki itu dilihat sedang memandu dalam keadaan yang santai dan kemudian mengaku bersalah.

Tindakan spontannya mencuri kenderaan itu telah menyebabkan dia meninggalkan isterinya bersendirian di restoran tersebut. Dia kemudian mengaku bersalah terpaksa mencuri kenderaan itu selepas didesak oleh isterinya yang mahukan kereta Honda Jazz.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...