Suami Terjatuhkan Tudung Isteri Ketika Sidai Raih Tumpuan

Trending

Suami Terjatuhkan Tudung Isteri Ketika Sidai Raih Tumpuan

Tidak dinafikan, tudung merupakan satu pakaian yang penting bagi seseorang wanita lebih-lagi bagi mereka yang berhijab. Ia adalah pakaian yang dipakai untuk menutup bahagian kepala wanita.

Selain daripada memakai kerana ianya adalah tuntutan dalam agama Islam, ramai juga wanita yang memakai kerana mahu tampil lebih lebih ayu dan jelita.

Advertisement

3 years ago

(VIDEO) Isteri Pelik Banyak Tudung Hilang, Rupanya Suami Buat 'Cover' Lubang Angin!

Bila sebut sahaja tentang tudung berkedut, ia merupakan perkara yang paling digeruni oleh kaum wanita. Ada juga yang terus murung dan hilang mood jika perkara itu berlaku.

Bukan apa, menggosok tudung merupakan proses yang agak leceh dan mengambil masa. Lebih-lebih lagi kalau material tudung itu jenis satin atau lembut, lagi lah susah untuk dijaga. Jadi, tidak hairanlah kaum wanita sangat cerewet kalau bab tudung ini.

Kain tudung milik isteri terjatuh dari ampaian dan berada di atas bumbung rumah jiran di bawah

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan situasi seorang lelaki secara tidak sengaja terjatuhkan sehelai kain tudung milik isterinya di ampaian.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki berada berdekatan dengan grill luar yang dibuat sebagai ampaian dan tempat menjemur pakaian. Satu tangan dipercayai tangan lelaki tersebut dilihat seakan sedang mengira kain di ampaian itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila kemudiannya lelaki itu menunjukkan di bawah grill ampaian tersebut dan kelihatan tudung isterinya yang telah terjatuh berada di atas bumbung rumah jiran di bawah mereka.

“Abang, saya harap abang selamat lah esok. Ada yang jadi hulk tu nanti hahahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 189.9 ribu tontonan, 4.7 ribu tanda like dan 501 komen. Rata-rata netizen merasa terhibur dan meluahkan rasa risau terhadap lelaki itu kerana mungkin dimarahi isterinya.

Suami terjatuhkan tudung isteri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Suami terjatuhkan tudung isteri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan yang lelaki tersebut perlu mengambil tudung isterinya itu semula atau perlu membeli 10 helai lagi sebagai denda.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...