“Suami Tegur Saya Makin Banyak Cakap Kurang Ajar Dengan Dia” – Atikah Suhaime Akui Kekhilafan

Hiburan

“Suami Tegur Saya Makin Banyak Cakap Kurang Ajar Dengan Dia” – Atikah Suhaime Akui Kekhilafan

Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime mendedahkan dirinya ditegur suami, Datuk Lokman Teh, kerana perubahan sikap yang disedari sejak kebelakangan ini.

Menurut Atikah, 34, kesibukan kerjaya selepas menerima banyak tawaran kerja termasuk ulasan produk di TikTok membuatkan dia mudah penat sehingga mempengaruhi cara pertuturannya.

Advertisement

Jelasnya,

Alhamdulillah sejak ada anak, rezeki mengalir macam air. Tapi bila penat, saya jadi cepat annoyed. Masa tukar lampin anak subuh tadi, saya terlepas cakap pada suami yang sibuk main telefon. Dia terus tegur, katanya sejak akhir-akhir ini saya makin banyak cakap kurang ajar dengan dia.

Menyedari kesilapannya, Atikah segera memohon maaf dan mengakui keletihan menjadi punca dia mudah marah. Jelasnya,

Betul, lately saya memang sangat kurang ajar dengan suami. Tapi saya rasa bersalah dan minta maaf. Syukur sebab walaupun saya marah-marah, suami masih sabar dan tetap bawa saya keluar makan Omakase.

atikah suhaime ditegur suami

Dalam masa sama, Atikah menasihatkan wanita bekerjaya agar tidak lupa menghargai suami walaupun dikurniakan rezeki yang melimpah. Pesan Atikah,

Kadang-kadang bila kita dapat cari duit sendiri, kita rasa terlalu hebat. Jangan lupa, kalau bukan izin Allah, tak mungkin kita dapat semua ni. Jadi jangan sombong dengan suami, walaupun kita bekerja.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada Januari 2024 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Lyla Mulan Teh, pada Mac lalu.

intan najuwa lupa diri
2025-08-28 11:52:26

Atikah Suhaime Pertahan Intan Najuwa Dari Tuduhan ‘Lupa Diri’ - "Cara Sendiri Untuk Bahagia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...