Lelaki yang bertindak menampar isterinya di pusat membeli belah di sekitar Kota Warisan telah ditahan oleh pihak polis hari ini.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 50an itu telah ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan sekitar jam 10 pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Suspek yang ditahan akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman.
Sebelum ini tular video yang memaparkan lelaki berkenaan memegang seorang kanak-kanak berjalan menghampiri wanita terbabit sebelum menamparnya di depan orang awam.