Melalui platform TikTok, baru-baru ini, isteri kepada selebriti, Fizo Omar iaitu Fazeera berasa kecewa dengan sesetengah netizen, lagi-lagi daripada kalangan wanita yang persoalkan dirinya sering hamil jarak dekat.
Tak jaga sensitiviti ibu hamil
Fazeera menyifatkan pertanyaan tersebut sama sekali tidak menjaga sensitivi serta perasaan ibu yang sedang hamil.
Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga peranakan ke, suami tak kisah kesihatan mental ke? Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh?
@iamfizoomar Replying to @Wendy82 ♬ original sound – Fizo Omar
Difahamkan Fazeera membalas pertanyaan seorang individu wanita di TikTok yang mempersoalkan ‘mengandung lagi, tak letih ke?’.
Langsung tak penat hamil banyak kali
Menurut isteri aktor tersebut, dia langsung tidak berasa terbeban, sebaliknya bersyukur kerana diberikan zuriat yang ramai.
Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat.
Sekadar info, Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka.