Pengacara TV popular di Indonesia iaitu Zeda Salim mendedahkan dirinya tidak pernah mendapat hak sebagai seorang isteri.
Bukan saja didera secara seksual dan mental, malah Zeda memberitahu suami, Habib Ali Jindan tidak membenarkannya untuk hamil sama sekali.
Alasan suami tidak membenarkan hal tersebut masih tidak diketahui oleh pengacara terbabit sedangkan sebagai seorang isteri sah, dia berhak mendapatkan nafkah daripada suaminya.
Sudah tidak tahan hidup menderita selama tiga tahun, Zeda membuat keputusan melaporkan telah berlakunya keganasan rumah tangga kepada pihak polis pada 24 Julai lalu.
Kata peguam yang mewakili Zeda, wanita itu bahkan pernah cuba untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan selain cuba mengambil ubat-ubat terlarang.
Zeda ada meluahkan rasa kecewa di Instagram dan meminta suami melepaskannya secara baik.