Tanda lahir bukanlah kecacatan dan tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan atau soalan yang menyakitkan hati. Namun, masih ramai dalam masyarakat yang kurang peka terhadap individu dengan tanda lahir ketara, terutama di wajah.
Itulah yang dialami Syamimi Afrina, wanita yang menjadi tular selepas muncul dalam temu bual bersama KOOL 101.
Dalam video tersebut, Syamimi tampil yakin dan positif, menjelaskan bahawa tanda lahir di dahinya adalah sebahagian daripada dirinya, bukan kekurangan. Katanya,
Hanya sebab saya ada tanda lahir yang berbeza daripada orang lain, bukanlah tiket untuk orang tanya soalan yang tak sepatutnya.
@kool101my Tanda lahir bukan lah kekurangan, dan tak sepatutnya dipandang pelik pun.😓 Hanya sebab Syamimi ada tanda lahir yang berbeza daripada orang lain, bukan lah tiket untuk tanyakan soalan yang tak sepatutnya.😞 Bagus tindakan Syamimi, dia tetap sebarkan awareness pada semua orang tentang tanda lahir dan berharap ia bukan lah sesuatu yang pelik lagi satu hari nanti.👏🏻❤️ #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ♬ original sound – Kool 101
Dia menceritakan pelbagai reaksi yang diterima, termasuk soalan menyakitkan hati semasa siaran langsung di TikTok apabila seorang mak cik bertanya,
Suami tak nak cerai ke, ada tanda lahir dekat dahi?
Walaupun pernah tersinggung, Syamimi memilih untuk bersabar sahaja dan tidak mengambil sebarang tindakan. malah akuinya, ada juga beberapa individu yang menghantar mesej terus (DM) untuk memohon maaf.
Wanita itu kini bertekad memperjuangkan penerimaan masyarakat terhadap tanda lahir dan berharap ia tidak lagi dianggap sesuatu yang pelik.