Baru-baru ini, isu mengenai gelaran ‘Datin Seri’ buat pelakon wanita, Noniswara kembali menjadi pertikaian ramai selepas suaminya, Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Ahmad meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.
Tidak mahu memanjangkan isu, Noniswara tidak pernah kisah dengan gelaran ‘Datin Seri’ asalkan dia dapat jalani kehidupan bersama arwah suami tercinta.
Dalam pada itu, apabila menjelaskan dirinya isteri kedua arwah suami, pelakon tersebut mengakui tidak tahu mengenai hal tersebut kerana arwah tidak berterus-terang dengannya.
View this post on Instagram
Dia madu saya pun, tak apa bagi saya. Sebab arwah pun dah tak ada. Kami nak hidup aman damai. Kalau dia pun claim masih isteri betul.. saya pun akui.
Kata Noniswara lagi, dia mengetahui dirinya mempunyai madu bernama Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain sewaktu arwah suami sedang terlantar di hospital.
Menurutnya, wanita itu sangat baik, bahkan boleh bersalam-salaman tanpa bermasam muka antara satu sama lain.
Sebelum ini, isteri MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menegaskan ibunya masih memegang status isteri untuk arwah ayah dan tidak pernah bercerai seperti didakwa orang luar.