“Suami Tak Bersalah, Dia Hanya Mengikut Arahan Ceraikan Saya Tanpa Sebarang Sebab” – Nora Ariffin

Trending

“Suami Tak Bersalah, Dia Hanya Mengikut Arahan Ceraikan Saya Tanpa Sebarang Sebab” – Nora Ariffin

Media hiburan semalam dikejutkan dengan video memaparkan suami kepada Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli menceraikan penyanyi itu dengan talak satu menerusi siaran langsung.

Video itu ternyata telah membuatkan ramai terkejut sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Advertisement

Berikutan itu, penyanyi berusia 51 tahun itu tampil memberi respon di mana dia memaklumkan suaminya itu tidak bersalah dan hanya mengikut arahan individu tertentu.

Penjelasan nora diceraikan suami live

Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

Iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti. Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku.

Sekadar info, Nora telah menrikan rumah tangga kali kedua bersama Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya yang juga merupakan sahabat baik arwah suami pertama Nora, Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal pada tahun 2017 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nora ariffin cerai talak satu
5 months ago

“Saya Menceraikan Nora Ariffin Dengan Talak Satu Kerana Allah Taala” - Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...