“Suami Syasya Kata Kalau Tak Kahwin, Dia Cari Lain” – Rozie Othman

Hiburan

“Suami Syasya Kata Kalau Tak Kahwin, Dia Cari Lain” – Rozie Othman

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya dilaporkan menuruti permintaan suaminya untuk bernikah terlebih dahulu sebelum berhijrah ke luar negara.

Perkara itu dikongsikan pelakon Rozie Othman yang juga nenek kepada Syasya di mana cucunya itu mengikuti kehendak jikalau tidak mahu kehilangan suaminya itu.

Advertisement

Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain.

Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal. Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah.

Tambah Rozie lagi, suami Syasya juga masih belum bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas sambutan hari raya Aidiladha ini

Aktres veteran itu juga menitipkan pesanan buat Syasya agar menjadi isteri solehah dan menjaga diri ketika berada di perantauan.

Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi.

Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti.

Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami.

Terdahulu, penyanyi satu daripada empat ahli kumpulan Dolla itu mengumumkan penarikan diri kerana urusan peribadi.

Berita itu kemudiannya menjadi gempar seketika di saat Dolla semakin ‘mendunia’ sehingga ke negara China.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Scha
7 months ago

Scha Alyahya Hilang 100,000 Pengikut Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...