Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suami Sokong Segala Keputusan Isteri, Sarah Hildebrand Kini Tidak Lagi Berhijab?

Seakan mengejutkan ramai pihak apabila memaparkan foto dirinya tidak berhijab bersama suami, pelakon Sarah Hildebrand kini menjadi tumpuan netizen.

Menerusi entri terbabit, Sarah dilihat tidak meletakkan sebarang kapsyen di posting tersebut sebaliknya hanya nama akaun Instagram suaminya, @otto.gillen.

Advertisement

Rentetan itu, ia telah mengundang tanda tanya dan menimbulkan persoalan serta rasa kurang senang di kalangan pengikutnya sehingga wujud segelintir pihak tampil menegur Sarah kerana menjaja auratnya di khalayak umum.

Tidak kurang juga, ada yang tampil memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berkongsi gambar dirinya tidak berhijab kerana bimbang mampu mengundang fitnah.

Biarpun masih belum temui kenyataan lanjut mengenai perkongsiannya itu, rata-rata peminatnya juga dilihat tidak terlepas mendoakan supaya pelakon itu terus istiqamah dalam menjadi insan yang lebih sempurna kelak.

Advertisement

Bagaimanapun, seolah menguatkan lagi dakwaan beliau tidak lagi berhijab apabila suaminya sendiri tampil memuat naik gambar berkenaan di Insta Story dan menegaskan bahawa beliau menyokong penuh apa sahaja keputusan yang dilakukan isterinya.

Untuk rekod, Sarah membuat keputusan untuk betudung pada tahun 2015. Beliau sah menjadi isteri kepada seorang jejaka muallaf berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 2019.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 16, 2020 at 11:03 am

    Dayusnya

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama