Akibat perasaan cemburu, seorang suami didakwa membunuh isterinya menggunakan senapang angin dengan jarak dekat dalam satu kejadian di Kota Tinggi, Johor Bharu, Isnin lalu.
Menurut laporan Kosmo, suspek yang berusia 43 tahun bertindak membunuh isterinya yang berusia 38 tahun kira-kira jam 2.30 pagi ketika sedang tidur.
Menurut sumber, suspek kemudian menyimpan mayat isterinya ke dalam tong air berwarna biru. Polis telah membuat tangkapan terhadap dua orang individu, salah satunya ialah rakan kepada suspek untuk membantu siasatan.
“Suspek mengaku membunuh isteri yang sedang tidur menggunakan senapang angin, lalu memasukkan mayat isterinya ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar”
Suspek membawa mayat mangsa ke sebuah ladang kelapa sawit untuk ditanam dan polis menemukan mayat mangsa pada jam 10.30 pagi semalam selepas suspek sendiri membawa pihak polis ke tempat dia menanam isterinya.
Difahamkan, suspek tidak mempunyai permit untuk memiliki senjata api dan polis telah merampas selaras senapang angin, senapang patah, 54 butir peluru penabur, kenderaan empat roda (Mitsubishi Pajero) dan jengkaut.
Kedua-dua suspek direman sehingga 10 Mac untuk membantu siasatan.