Sebelum ini pelakon Sharifah Sakinah sudah memberitahu hubungan mesra beliau bersama Aiman Hakim Ridza hanya atas tuntutan kerja dan meminta netizen untuk tidak menghangatkan lagi kisah mereka serta menjadi batu api.
Terbaru, suami Sakinah, Aliff Adha pula menerima tempiasnya dan dituduh sebagai suami dayus gara-gara membiarkan isterinya itu terlalu mesra dengan lelaki lain. Ramai yang mempercayai ia berkaitan dengan video adegan berpelukan Sakinah dan Aiman ketika menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.
Bengang dengan segala komen negatif netizen, Sakinah menerusi Insta Story beliau meminta agar orang ramai tidak melibatkan suaminya dalam hal tersebut.
Tidak salah untuk menegur tetapi kalau boleh gunakan bahasa yang berlapik dan tidak mengguris hati orang lain.