Suami Serah Diri Mengaku Serang Isteri Hingga Maut, Berang Kena ‘Prank’ Calit Darah Haid Di Bibir

Kehidupan

Suami Serah Diri Mengaku Serang Isteri Hingga Maut, Berang Kena ‘Prank’ Calit Darah Haid Di Bibir

Dalam satu kejadian yang berlaku di Thailand, seorang lelaki telah mengaku menyebabkan kematian isterinya isteri pada 22 Disember yang lalu.

Menurut laporan, Phanumart Manee-on telah menyerah diri selepas melakukan jenayah itu dan menunjukkan lokasi kejadian dia membunuh isterinya, Pawinee Sangkasi kepada pihak polis.

Advertisement

suami bunuh isteri calit darah haid

Ketika kejadian malang itu berlaku, pasangan berusia 35 tahun tersebut menghabiskan masa bersama-sama di sebuah pondok di kawasan sawah padi terletak di Khueang Nai, Ubon Ratchathani.

Difahamkan, mereka bersuka ria sambil meneguk minuman keras dan Pawinee yang sedang datang bulan tdidakwa elah bergurau dengan suaminya dengan mencalitkan darah haidnya pada mulut Phanumart.

Berang dengan gurauan yang keterlaluan itu, Phanumart hilang kawalan dan menyerang Pawinee berkali-kali sehingga isterinya rebah.

Dia kemudian menunggu di samping Pawinee sehingga wanita tersebut sedar namun ternyata isterinya telah pun meninggal dunia akibat perbuatannya itu.

suami bunuh isteri calit darah haid

Pemergian Pawinee juga turut mendedahkan perbuatan Phanumart selama ini yang melakukan kekerasan terhadap mendiang selama ini.

Menurut ahli keluarga, Pawinee merupakan mangsa keganasan rumah tangga dan mereka meragui apa yang diceritakan oleh Phanumart kepada pihak polis.

Dakwa keluarga Pawinee lagi, mereka pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka kerana mahu mengelakkan penganiayaan menjadi lebih teruk.

suami bunuh isteri calit darah haid

Punca kematian Pawinee masih belum dikenal pasti dan hasil bedah siasat yang bakal keluar bakal membuktikan sama ada keterangan Phanumart itu benar.

Sekiranya disabit bersalah, Phanumart berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan kes kini masih dalam siasatan polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tangan digari
6 months ago

Dah Dipujuk Tapi Masih Mahu Tuntut Fasakh Punca Bunuh Isteri Sendiri, Suami Serah Diri Pada Pihak Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Thaiger

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...