Suami ‘Sejuk Hati’, Fouziah Ghous Berjaya Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

Hiburan

Suami ‘Sejuk Hati’, Fouziah Ghous Berjaya Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

Suami kepada pelakon jelita Fouziah Ghous, Datuk Zhaf Yusof meluahkan rasa syukur apabila isterinya itu telah berjaya menghabiskan bacaan naskah agung Al-Quran sebelum penghujung Ramadan ini.

Perasaan gembira itu dizahirkan Zhaf menerusi sebuah hantaran di Instagram peribadi miliknya di mana dia mengucapkan tahniah di atas kejayaan Fouziah Ghous khatam Al-Quran.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ZhaFYI (@zhafyusof)

“Syukur Alhamdullilah. Tahniah buat isteri Nor Fouziah telah khatam Al Quran bersama ustazahnya. 17th Ramadan 1442H (Nuzul Quran). I’m truly happy for you..”

Sementara itu, dalam sebuah hantaran lain menerusi akaun Instagram Fouziah, dia juga tampil meluahkan rasa syukur kerana hajatnya untuk menamatkan bacaan Al-Quran pada hari Nuzul Quran itu termakbul.

View this post on Instagram

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

“Dengan izin Allah S.W.T seperti yang dihajatkan untuk khatam di Ramadan dan Nuzul Quran dimakbulkanNya.  Offical khatam bersama Ustazah Fadzilah. Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya.” tulis Fouziah di hantaran tersebut.

Pelakon filem Rasukan Ablasa itu juga dilihat mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan ustazah yang dikenali sebagai Fadzilah itu sepanjang proses pembelajarannya bersama guru itu.

View this post on Instagram

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Sekadar info, Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Zhafran Md. Yusof pada September 2013 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Zheeshan Zaheen Yusof.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...