Pelakon Puteri Aishah sempat berkongsi detik perkenalan bersama suaminya, Muhammad Firdaus yang membawa kepada ikatan perkahwinan mereka pada Ahad lalu.
Puteri memaklumkan yang suaminya merupakan seorang yang sangat pemalu serta tidak pernah bercinta sebelum ini.
Kami diperkenalkan menerusi kawan baik saya tetapi hubungan kami pada ketika itu hanyalah sekadar kawan sahaja.
Tambah Puteri, mereka tidak terus menghubungi satu sama lain walaupun sudah berjumpa kerana dia sangat malu.
Selepas bertukar-tukar akaun Instagram masing-masing, barulah mereka berhubung menerusiĀ Direct MassageĀ (DM), keluar dan mula mengenali antara satu sama lain.
Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah binti Sulaiman turut memaklumkan yang dia sememangnya lebih selesa memilih untuk tidak berkongsi kisah cinta mereka kepada umum kerana sudah biasa dan lebih selesa begitu.
Sekadar info, Puteri Aishah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Firdaus pada Ahad lalu dengan sekali lafaz.