“Suami Sanggup Pukul Saya Di Hadapan Keluarga Perempuan Itu”

Trending

“Suami Sanggup Pukul Saya Di Hadapan Keluarga Perempuan Itu”

Saya sudah empat kali dipukul oleh suami saya.

Advertisement

Kali Pertama

Pertama kali saya dipukul oleh suami saya sebab saya call perempuan bernama Ema Hassan, sebab nak bagi tahu, jangan ganggu suami saya.

Jangan ganggu suami saya sebab kami ramai anak dan kami hidup susah.

Kerana saya beritahu Ema perkara sebenar, saya dipukul oleh suami saya.  Masa saya call perempuan ini, dia belum berkahwin dengan suami saya.

Kali Kedua

Kali kedua saya dipukul sewaktu keluar berjalan, kebetulan saya nampak kereta suami saya diletakkan di tepi sebuah rumah yang saya tak saya kenali.

Saya pergi rumah tu, dan tanya macam mana kereta suami saya boleh ada di sini?

Orang dalam rumah itu kata suami saya ada kahwin dengan orang di sini.

Dan saya terkejut sebab suami saya telah berkahwin dengan seorang perempuan lain, malah sudah ada anak satu.

Saya masuk dalam rumah itu, saya nampak suami saya ada di situ. Saya tanya suami saya, apa hubungan awak dengan perempuan ini?

Suami saya kata dia sudah kahwin dengan perempuan ini, walaupun tidak minta restu saya sebagai isteri pertama dan juga kedua-dua ibu bapanya.

Lepas itu saya suruh perempuan itu keluar dari bilik dan berbincang dengan saya dengan cara lebih baik.

Tapi suami saya sanggup pukul saya di depan keluarga perempuan itu.

Kali Ketiga

Yang ketiga saya di pukul oleh suami saya, sebab perempuan bernama Ema hantar SMS kepada suami. SMS yang perempuan itu hantar ialah:

Bugitan na sila sin bugit tahi.

Maksud bahasa melayunya, kau buang saja mereka macam mana kau buang tahimu.

Patutkah saya ni dibuang? Saya isteri pertama dan anak enam orang.

Sedangkan saya isteri pertama tapi akhirnya, seperti mana perempuan itu minta di SMS, macam itu juga suami saya buang saya dengan anak saya.

Kali Keempat

Kali keempat saya dipukul di depan rumah perempuan itu di Batu 3, Jalan Rastamas, nama Kampung Seri Aman.

Saya ada sertakan video semasa saya di pukul. Kerana saya datang ke rumahnya bertanya kenapa dia suruh suami buang saya dan anak-anak seperti buang tahi.

Ok, Ema sekarang engkau bahagia dengan suami orang kerana kau diberi kan segala-galanya, tapi kau ingat semua tu hanya sementara.

Kita di bumi hanya sementara tapi di akhirat selama-lamanya.

Dan dunia ini berputar juga.

###

Diolah semula untuk amazingnara.com

Sumber: Nur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...