Suami Sanggup ‘Bela’ Dan Ajar Isteri Menagih Dadah Sejak Sekolah

Kehidupan

Suami Sanggup ‘Bela’ Dan Ajar Isteri Menagih Dadah Sejak Sekolah

Sanggup buat sahaja untuk isteri, itulah yang terjadi kepada seorang kelindan lori yang sanggup ‘membela’ isterinya sejak sekolah dengan membeli barangan termasuk mengajarnya untuk menagih dadah sebelum mereka dicekup dalam Ops Perdana di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang, hari ini.

Memetik laporan Kosmo, mereka merupakan antara 30 individu yangn ditangkap dalam operasi selama empat jam dan kesemua mereka dalam lingkungan 18 hingga 57 tahun didapati positif dadah jenis syabu, ganja dan heroin.

Advertisement

Hanya dikenali sebagai Angah, 57, dia mengenali isterinya yang sekarang berusia 27 tahun sejak 10 tahun lalu selepas keluar kali kedua daripada pusat pemulihan dadah.

Dia sering membelanjakan isterinya dimana pada ketika itu isterinya masih bersekolah dengan pelbagai barang melalui hasil pendapatan hariannya RM 80.

“Selepas bercerai dengan isteri pertama dan baharu keluar daripada pusat pemulihan, saya telah berkenalan dengan isteri sebelum mengajarnya mengenai dadah dan menagih bersama”-katanya.

Tambahnya, sehari mereka menghabiskan separuh daripada sepaket heroin dengan berat 0.5 gram yang berharga RM 40.

Selama empat tahun berkahwin, dia mendakwa ada cuba untuk berhenti namun gagal kerana ketagihan.

Sementara itu, menurut Pengarah AADK Selangor, Dr. Nazira Sadiron, operasi itu hasil risikan selama tiga minggu dan berdasarkan tangkapan, mereka terdiri daripada satu keluarga yang membeli dadah jenis syabu serendah RM 5.

Hal ini disebabkan harganya yang murah dan mampu milik serta sikap individu yang suka berfoya-foya sebelum mengalami ketagihan yang teruk dengan perlu mendapatkan dos yang lebih.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...