Semakin bahagia, penyanyi kelahiran negara seberang tambak, Fuad Rahman dan Tom khabarnya sudah ‘terlepas cakap’ yang mengatakan mereka sudah bernikah.
Manakan tidak, kedua-duanya sering menonjolkan aksi mesra di media sosial seperti sudah berumah tangga pula sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Baru-baru ini, kedua-dua penyanyi itu ada membuat siaran langsung di TikTok dan Fuad dilihat bersahaja ketika membuat kenyataan bahawa peminat pasti terkejut jika mereka mengumumkan sudah bernikah.
Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak-anak, suami pun pandai uruskan. Kita kalau cakap dekat diorang yang kita dah nikah mesti diorang terperanjat kan.
Tindakan Tom yang tiba-tiba sahaja panik dan menekup mulut Fuad sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Namun begitu, Fuad dan Tom tampil berterus terang dan mendedahkan bahawa mereka masih belum berkahwin dan sedang menuju ke arah itu.
Tak ada la, saya cakap kalau kita cakap nak nikah, mesti diorang terperanjat. Yela, kita memang nak nikah tapi belum masanya lagi la. Konon-kononnya saja la, Insya-Alalh. Serius, kita belum nikah lagi.
Kata Fuad, mereka berdua mempunyai urusan yang perlu dilakukan namun mempunyai perancangan untuk mempercepatkan pernikahan yang dirancang kelak.