“Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah” – Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Hiburan

“Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah” – Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Mengakui semakin mula selesa menjalani kehidupan baru sebagai suri rumah sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, pelakon Falisha Crossley dedah dirinya langsung tidak kekok jalani perubahan itu.

"Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah" - Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Advertisement

Meskipun sudah lama tidak ke set penggambaran sejak mengandung anak pertama, Falisha menyatakan sehingga kini beliau masih lagi menerima tawaran lakonan.

“Bahkan, tawaran ada juga yang datang. Orang masih beritahu ada watak nak berikan kepada saya. Tahun ni pun ada lagi, cuma, saya cakap tak boleh nak buat sebab mengandung lagi.”

Menurut pemenang Pelakon Baru Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 itu, suaminya juga lebih suka sekiranya dia memberikan fokus kepada keluarga di rumah.

"Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah" - Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

“Di rumah hanya saya, suami dan anak sahaja. Saya tidak ada bibik ke pembantu. Jadi, sayalah yang akan uruskan semuanya. Tak tahulah kalau nak berlakon suami beri ke tak.”

Bagaimanapun, Falisha mendedahkan beliau kini turut mengusahakan perniagaan daging sejuk beku bersama suaminya.

“Kami buat perniagaan menjual daging sejuk beku dari New Zealand. Kalau ada tempahan, sayalah yang akan uruskan. Itulah kerja saya sambil duduk di rumah.”

Falisha kini dikhabarkan telah hamil anak kedua dan usia kandungannya juga telah mencecah enam bulan.

"Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah" - Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Untuk rekod, pelakon ini telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamad Rafiq Mohd Arif pada Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Nur Raysha Mikhayla yang kini menginjak usia tiga tahun.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...