Suami Pukul Isteri Guna Kasut : “Jangan Hukum Dia Kalau Tak Tahu Perkara Sebenar” – Jiran

Trending

Suami Pukul Isteri Guna Kasut : “Jangan Hukum Dia Kalau Tak Tahu Perkara Sebenar” – Jiran
Kediaman keluarga terbabit yang dikunci dipercayai pulang ke kampung selepas video terbabit viral. - Foto : Harian Metro

Kediaman keluarga terbabit yang dikunci dipercayai pulang ke kampung selepas video terbabit viral. – Foto : Harian Metro

Jiran kepada lelaki yang ditahan baru-baru ini atas dakwaan kes memukul isterinya menggunakan kasut turut meminta orang ramai agar tak menghukum lelaki tersebut jika tidak tahu perkara sebenar.

Jangan hukum dia sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar,”, katanya yang mahu dikenali sebagai Azman, 35.

Menurut Azman, kebanyakan jiran lelaki tersebut sudah tahu mengenai penyakit yang dihidapinya dan sudah biasa dengan sifatnya yang bertindak di luar kawalan.

Advertisement

Tambah beliau lagi, jirannya itu seorang yang agak peramah dan ada kalanya dilanda kemurungan akibat masalah yang dihadapinya.

Kami di sini memang sedia maklum dia sakit dan isterinya yang menjaganya sejak beberapa tahun lalu. Ada ketika dia sihat, tetapi jika tidak sihat, isterinya yang menjaganya di rumah,” katanya.

Menurut Azman juga, kali terakhir dia melihat pasangan itu adalah pada Sabtu, sehari selepas rakaman video kejadian viral di media sosial.

Namun, menurut Azman, mereka kelihatan seperti biasa sahaja dan tidak berkelakuan pelik atau bergaduh ketika di rumah selepas video tersebut tersebar.

Sepanjang tiga tahun tinggal berjiran, sekali pun saya tidak pernah mendengar mereka bergaduh. Namun, saya tahu adakalanya isterinya terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada suami jika datang ‘angin’ dia,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Azman berharap agar orang ramai tidak lagi memberi tohmahan negatif terhadap keluarga tersebut yang mana kini telah membuatkan keluarga tersebut tertekan.

Sehingga hari ini, isteri dan tiga anaknya tidak balik ke rumah dan mungkin pulang ke kampung mereka di Kemaman, Terengganu,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...